Kelas ICT – Pengenalan Asas Aplikasi Youtube

18 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 17 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT iaitu Pengenalan Asas Aplikasi Youtube. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta tentang aplikasi Youtube dan cara yang betul untuk mereka akses aplikasi Youtube. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta mengenai aplikasi Youtube. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap Kelas ICT Pengenalan Asas Aplikasi Youtube yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali