Program Kesedaran Dan Latihan Kebakaran Staf Pusat Internet 1 Malaysia Zon Central Sarawak (Sibu)
24 September 2016 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2016, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah mengadakan satu Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI Meradong. Program ini dihadiri oleh semua pengurus PI Zon Central Sibu seramai 9 orang, seorang sukarelawan dan 9 orang anggota bomba yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Bin Belulin. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada pengurus PI amnya, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.
Di antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah kesedaran kebakaran, cara – cara menggunakan alat pemadam api dengan betul, latihan memadam api, kawad pengosongan bangunan dan gimik serta demo latihan kebakaran. Diharap program ini dapat menambah pengetahuan mengenai tindakan yang harus dilakukan terutama langkah menyelamatkan diri apabila berhadapan situasi kebakaran agar tidak panik dan bertindak sembarangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: