Pameran Dan Demo 3D Printer Di Sk Bawang Assan

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2019, Pusat Internet Bawang Assan dengan kerjasama Pusat Internet Sibujaya dan Pusat Internet PPR Seduan telah mengadakan pameran dan demo 3D Printer di SK Bawang Assan. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pengenalan kepada pelajar sekolah tersebut dalam mengenali 3D Printer.

Semasa pameran ini berlangsung, pelajar akan diberikan taklimat secara ringkas cara-cara menggunakan 3D Printer. Pelajar juga didedahkan dengan perisian TinkerCad iaitu satu platform yang mudah untuk membuat rekaan 3D dan seterusnya dicetak menggunakan 3D Printer. Pameran ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 8:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Seramai 148 orang pelajar tahun 1 sehingga tahun 6 telah mengikuti pameran ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali