Kursus Asas Modul Microsoft Office Excel Dan Advokasi (Sesi 2)

18 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Excel (Sesi 2) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Excel.

Dalam kursus tersebut, para perserta diajar dengan lebih mendalam lagi dengan pengunaan Microsoft Office Excel. Para perserta diberikan latihan “analisis perniagaan” yang melibatkan pengunaan rumus dan format dalam Excel. Kursus ini bermula dari 2:00 petang sehingga 5:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali