E-Learning Cyber Patrol

16 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas aktiviti pembelajaran berbentuk permainan iaitu Cyber Patrol. Kelas diadakan bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas penggunaan komputer, pendedahan mengenai enjin carian, pelayar web dan juga mengenai keselamatan siber. Melalui aktivti ini juga dapat mewujudkan kesedaran kepada peserta mengenai ancaman keselamatan siber. Aktiviti sokongan lain ialah peserta didedahkan mengenai klik dengan bijak iaitu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali