Microsoft Office Word (Hidup Sihat Tanpa Dadah)

12 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan mengadakan Kelas Microsoft Office Word bertemakan Hidup Sihat Tanpa Dadah. Kelas telah dihadiri oleh 1 orang ahli PEDi iaitu Adik Daniel . Tema yang dipilih adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan remaja bahawa pengambilan dadah terlarang akan membawa musibah kepada diri sendiri dan secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada keluarga dan masyarakat. Adik Daniel telah diajar untuk menyalin semula artikel yang disediakan dan mengubah mengikut format yang diminta. Antara format yang diminta adalah cara penggunaan “Bold”, “Tab”, “paragraph setting”, “font setting” dan pelbagai lagi. Selain itu, adik Daniel disuruh untuk mencari gambar berkaitan di Internet sebelum dimuat turun. Kemudian diajar cara mengatur kedudukan gambar ketika menggunakan Microsoft Word. Dadah bukan sahaja masalah sekolah, dan bukan juga hanya masalah setempat. Malah penyalahgunaan dadah juga bukanlah masalah sesuatu kaum semata-mata tetapi masalah yang turut melibatkan semua warganegara Malaysia. Pendidikan Pencegahan Dadah di perkenalkan di semua sekolah di seluruh Malaysia untuk mendidik generasi muda, iaitu pelajar sekolah, supaya mengenali jenis-jenis dadah dan menjauhi diri dari menggunakannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali