Tutorial Telepromter

21 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 20 Januari 2022, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Tutorial Telepromter melalui Facebook. Telepanduan (teleprompter) ialah suatu peranti paparan yang membantu individu berkata-kata dengan paparan teks elektronik sesebuah pidato atau skrip, sepertimana fungsi kad kiu. Skrin berada di hadapan dan bawah lensa sesebuah kamera video profesional, manakala teks pada skrin dipantulkan di depan mata pengacara melalui suatu lapisan kaca atau pembelah sinaran (beam splitter). Cahaya dari arah orang ini melalui bahagian depan kaca ke arah lensa yang terlindung dari cahaya lilau persekitaran. Keadaan yang membenarkan pengacara bercakap terus menerus kepada mekanisme mesin ini menghasilkan suatu ilusi kepada penonton bahawa orang yang berucap itu menghafal ucapan yang diberikan secara terus menerus mahupun menyampaikan kandungan ucapan secara spontan berbanding dengan jelingan sekali-sekala kepada kad yang boleh disilap anggap penonton bahawa pengacara hilang tumpuan daripada ucapannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali