Program Keusahawanan Kembalikan Keupayaan Perniagaan Anda

21 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 20 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang berkolabrasi dengan Pusat Ekonomi Rantau Panjang telah mengadakan Program Keusahawanan Kembalikan Keupayaan Perniagaan Anda bersama dengan Pihak BSN (Bank Simpanan Nasional). Tujuan program ini diadakan untuk mengajar peserta cara membuat pinjaman dari bank (BSN) untuk meningkatkan dan menaik taraf peniagaan mereka yang sedia ada. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu kepada peserta cara untuk membuat pinjaman dari bank dan cara untuk menaik taraf produk mereka.

Program ini berlangsung selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat menjayakan program ini kepada peserta dan berharap Program Keusahawanan Kembalikan Keupayaan Perniagaan Anda bersama pihak BSN (Bank Simpanan Nasional) yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali