dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Seduan Rantau Panjang, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Klik Dengan Bijak Dan Kelas Asas Microsoft Word di PI PPR Seduan Rantau Panjang Sibu

16 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2017 yang lepas, seramai 10 orang peserta telah menghadiri taklimat Pengenalan Pusat Internet 1 Malaysia & Taklimat Klik Dengan Bijak telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak turut disertakan dalam taklimat yang diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.

Disamping itu, sedikit taklimat berkenaan E-WASTE juga diselit.E-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.

E-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.