Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Eastern Marine Ship Building Sdn Bhd
Eastern Marine Shipbuilding Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat perkapalan di Sibu dan terletak hanya 5 minit daripada PPR Seduan Rantau Panjang. Eastern Marine Ship Building Sdn Bhd telah beroperasi dalam perindustrian pembuatan Kapal dan perahu pada 19 Ogos 1993. Kebanyakkan penduduk PPR Seduan Rantau Panjang bekerja dengan syarikat Eastern Marine Ship Building Sdn Bhd kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di situ.
Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd
Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd (SSI) ditubuhkan pada tahun 2003. Sejak penubuhannya, Sapor Shipbuilding Industries telah mengalami pertumbuhan yang ketara dengan pasarannya di dalam dan luar negara. Perniagaan utamanya adalah pembinaan kapal dan pembaikkan kapal. Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd terletak hanya 5 minit dari PPR Seduan Rantau Panjang. Hari ini, Sapor Shipbuilding Industries Sdn Bhd mempunyai banyak kemudahan seperti pejabat tapak, bengkel, jalan raya, tempat pekerja, kantin dan pelbagai infrastruktur untuk melakukan pembaikkan kapal, penukaran kapal dan aktiviti pembinaan kapal baru untuk pelbagai kapal.
Dari segi pembuatan kapal, kilang syarikat dengan dengan tanah seluas 16 hektar ini dapat menampung pembinaan kapal tunda dua puluh unit 30 meter secara serentak. Dari segi pembaikkan kapal, jalan masuk dapat menampung kapal dengan berat hingga 4,500 tan, panjang 400 kaki dan kapal selebar 120 kaki. Kesimpulan di sini, penduduk PPR Seduan Rantau Panjang kebanyakkan bekerja di di kawansan perkilangan di sekitar flat bagi menjana ekonomi harian. Tambahan pula syarikat perkilangan kapal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.