Kisah Kejayaan
Pengusaha Gerai Burger
Nama sebenar beliau ialah Izzul Aiman Abg Alpian berasal dari Sibu. Kini Izzul AIman berusia 16 tahun dan bersekolah di SMK Kampung Nangka. Beliau sangat meminati bidang perniagaan sehingga beliau membuka gerai burger di hadapan rumah beliau. Sebelum penggunaan ICT dan penglibatannya di Pusat Internet 1 Malaysia pada mulanya, beliau menjual burger secara biasa tanpa ada sebarang hebahan kepada orang ramai. Oleh itu, pada awal mula perniagaan kurang mendapat sambutan kerana hanya diketahui oleh orang sekeliling rumah sahaja
Kini, beliau telah memulakan hebahan melalu media sosial seperti Facebook dan Whatsapp sebagai medium perantaraan. Beliau mempromosikan barang jualan beliau melalui akaun Facebook milik beliau sendiri. Pada mulanya, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan, tapi lama kelamaan orang ramai mula mengetahui perniagaan beliau dan mendapat sambutan orang ramai. Pada kebiasaan nya, Izzul Aiman akan ke PI setiap ujung minggu setelah selesai sesi persekolahan untuk mempelajari cara mempromosikan perniagaan secara online di laman sosial Facebook dan kaedah-kaedah pemasaran online yang lain. Dengan adanya kelas ICT, bagi beliau PI banyak membantu beliau dalam cara mempromosikan dan meningkatkan jualan dengan cara mengetahui teknik yang betul dalam melakukan bisnes secara online.
Belia Cemerlang Dengan Bimbingan IT Dari PIK PPR Seduan Rantau Panjang
Menyedari kekurangan ICT di dalam dirinya, Encik Nazri telah mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang pada tahun 2017 dan mula menyertai kelas ICT yang diadakan. Di situlah beliau mempelajari semua modul pembelajaran yang disediakan iaitu asas komputer, pengenalan kepada internet, mendaftar akaun e-mel dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Dagang dan e-Pembelajaran.
Setelah mengikuti beberapa bengkel dan program kesedaran ICT selama tiga bulan, beliau kini yakin dapat menggunakan penguasaan komputer dengan baik. Walaupun telah menguasai asas komputer dengan baik tetapi Encik Nazri tetap selalu mengunjung Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang kerana inginkan akses yang lebih stabil di sini. Sekarang Encik Nazri sudah cekap menggunakan laman sesawang seperti Canva. Encik Nazri selalu menolong membuat servis templat resume rakan-rakannya. Pada masa yang sama Encik Nazri dapat mempraktikkan dari pembelajaran yang beliau buat sebelum ini.