Microsoft Office (PowerPoint) Sesi Dua

27 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (PowerPoint) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 3 orang pelajar dari SMK Sungai Merah telah mengikuti kelas Microsoft Office PowerPoint. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta membuat kerja kursus sejarah tingkatan 3 menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Disamping membuat kerja kursus sejarah, para perserta juga berpeluang menggunakan kemudahan yang ada untuk mencari maklumat dengan melayari internet.

Kelas ini berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 2.30 tengah hari sehingga 4:30 petang. Para perserta terlebih dahulu diberikan taklimat secara ringkas dalam meggunakan Microsoft Office PowerPoint dengan betul. Di samping belajar menggunakan Microsoft Office PowerPoint, para perserta juga belajar menyimpan maklumat mahupun kerja kursus yang telah siap di dalam CD untuk perbentangan kerja kursus di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali