Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 2)
8 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 2) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Word. Semasa kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan program Advokasi, latihan menggunakan Microsoft Office Word dan ujian penilaian Microsoft Office Word.
Kelas ini bermula dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: