Asas ICT

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang berkerjasama dengan Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas asas ICT di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang, Sibu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi serta berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran apa itu komputer.

Selain itu juga, para peserta berpeluang belajar dengan lebih mendalam serta mengenali setiap komponen dalam komputer. Semasa kelas berlangsung, para peserta berpeluang belajar dengan lebih mendalam komponen komputer dan mengenali setiap bahagian serta fungi komponen tersebut. Seramai 9 orang peserta mengikuti kelas asas ICT. Kelas ini berlangsung selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali