Program Google Training : Be Internet Awesome di SK Agama Sibu

26 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2018, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Google Training : Be Internet Awesome di SK Agama Sibu yang bertempat di dewan sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Beberapa staf dari PI yang terdekat seperti PI Sibujaya, PI Rantau Panjang, PI Seduan dan PI Ng Sekuau juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 94 orang pelajar tahun 6 dan 9 orang guru terlibat sama dalam ini.

Program ini dijalankan selama 4 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada PI dan Advokasi, Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, Taklimat Buli Siber dan permainan yang melibat penyertaan dalam kumpulan iaitu telefon rosak dan how to secure my password. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta dalam permainan dalam kumpulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali