Mini Gotong Royong & Advokasi
30 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan mini gotong royong dan advokasi di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 10 orang peserta mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini bermula pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah berkerjasama dengan para perserta dalam membersihkan kawasan persekitaran luar dan dalam Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang.
Aktiviti gotong royong ini juga dapat memupuk sikap menjaga kebersihan serta menjaga kemudahan yang ada di Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang. Di akhir aktiviti ini, para perserta diberikan taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: