E-Learning (Kad Kemerdekaan & Tutorial Warna Warni Kemerdekaan)
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-learning (Tutorial) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 14 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga 5.00 petang. Kelas ini berlangsung selama 4 jam.
Tujuan kelas ini dijalankan ialah mengisi masa lapang para peserta dengan aktiviti yang berfaedah dalam membuat kad kemerdekaan dan warna warni kemerdekaan. Aktiviti ini juga dapat menaikkan semangat patriotik dan kemerdekaan dalam kalangan para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: