Permainan Atas Talian (E-Learning) Dan Kahoot Advokasi

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas permainan atas talian (e-learning) dan Kahoot Advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga 5.00 petang merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi dan penerangan apa itu permainan atas talian (e-learning). Kelas ini berlangsung selama 3 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para perserta dalam mempelajari permainan atas talian (e-learning). Selain itu, kelas ini juga dapat mengisi masa lapang para perserta dalam dengan aktiviti yang berfaedah serta mengerat silaturahim antara satu sama lain dalam permainan secara kumpulan. Para perserta juga berpeluang bermain permainan dalam kumpulan menggunakan perisian Proprofs iaitu Jigsaw Puzzle yang bertemakan Hari Sarawak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali