Microsoft Office (Excel) & Animasi

15 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (Excel) dan animasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga 5.00 petang. Kelas ini berlangsung selama 4 jam. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang baharu dalam mempelajari Microsoft Office (Excel).

Semasa kelas berlangsung, para perserta terlebih dahulu diberikan taklimat secara ringkas tentang apa itu Microsoft Office (Excel), kegunaannya dan cara menggunakannya. Selain itu, para perserta juga berpeluang melihat pengajar memberi tunjuk ajar dalam menghasilkan animasi menggunakan Microsoft Office (Excel). Di akhir kelas, para pelajar berpeluang belajar sendiri dalam menghasilkan animasi yang bertajuk bateri menggunakan Microsoft Office (Excel). Kelas ini juga akan disambung pada hari berikut untuk membentangkan hasil kerja para perserta secara individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali