Microsoft Office (Excel) & Animasi II

16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (Excel) dan animasi sesi kedua di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga 3.00 tengah hari. Kelas ini berlangsung selama 2 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang baharu dalam mempelajari Microsoft Office (Excel). Kelas ini juga merupakan sesi kedua para pelajar belajar lebih mendalam lagi menggunakan Microsoft Office (Excel) untuk menghasilkan animasi yang menarik. Semasa kelas berlangsung, para pelajar berpeluang belajar membuat jadual, chart dan belajar membuat pengiraan menggunakan formula yang terdapat di Microsoft Office (Excel). Pada kelas seterusnya, para pelajar diminta membentangkan idea masing-masing dalam animasi yang telah dihasilkan oleh para pelajar sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali