Microsoft Office (PowerPoint)

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas mencipta permainan dengan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mencipta permainan “maze game” dengan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint).

Semasa kelas berlangsung, para perserta berpeluang mencipta permainan menggunakan reben yang terdapat di Microsoft Office (PowerPoint) seperti insert gambar, hyperlink button dan sebagainya. Seramai 11 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga pukul 5.00 petang merangkumi aktiviti seperti pengenalan dan cara mencipta permainan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali