Microsoft Office (PowerPoint)

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office (PowerPoint) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mencipta permainan berkaitan komputer “teka siapa saya” menggunakan Microsoft Office (PowerPoint).

Semasa kelas berlangsung, para perserta berpeluang mencipta permainan menggunakan reben yang terdapat di Microsoft Office (PowerPoint) seperti insert gambar, hyperlink button dan sebagainya. Seramai 9 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2.00 tengah hari sehingga pukul 5.00 petang merangkumi aktiviti seperti pengenalan Microsoft Office (PowerPoint) dan tayangan video dan taklimat advokasi secara ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali