Lawatan Sambil Belajar Dan Program Celik IT Tabika Kemas PPR Rantau Panjang (Kelas C & D)
08 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah merima lawatan sambil belajar dan program celik IT dari kelas C dan D Tabika Kemas PPR Rantau Panjang.Tujuan lawatan itu diadakan ialah untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada kanak-kanak Tadika Kemas tentang wujudnya Pusat Internet. Lawatan itu juga dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baru tentang komponen komputer dan pendedahan pembelajaran ABC serta nombor secara atas talian (E-Learning)
Seramai 29 orang kanak-kanak dan 3 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan dan program ini. Lawatan dan program ini berlangsung selama 2 jam bemula pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ini antaranya belajar asas komputer, pembelajaran ABC secara atas talian (E-Learning) dan nyanyian lagu kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: