Taklimat Dan Tayangan Video Advokasi
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas taklimat advokasi dan tayangan video di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 12 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini berlangsung selama 3 jam.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta melalui sesi soal jawab advokasi. Sesi soal jawab ini dijalankan bagi menguji kepahaman para peserta tentang advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: