Rancangan Perniagaan

1 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 30 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Rancangan Perniagaan di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Atiqah selaku usahawan PI PPR Seduan untuk membuat rancangan perniagaan beliau sendiri. Semasa kelas berlangsung, Sharifah juga  berpeluang belajar mendalami perniagaan yang diceburi beliau sendiri dengan mengetahui kelemahan dan kelebihan perniagaan.

Kelas inidapat membantu Sharifah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam diri beliau sendiri. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu beliau membentuk daya tahan dan jati diri dalam mengendalikan perniagaan sendiri dan mengendalikan perniagaan yang diusahakan oleh beliau. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali