Pengurusan Kewangan

30 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Pengurusan Kewangan di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Atiqah selaku usahawan PI PPR Seduan dalam menggunakan Microsoft Excel sebagai medium untuk menyimpan rekod perniagaan untung rugi untuk perniagaan yang diceburi oleh Sharifah. Semasa kelas berlangsung,

Sharifah juga  berpeluang belajar menggunakan asas Microsoft Excel dan fungsi-fungsi yang terdapat didalamnya. Kelas inidapat membantu Sharifah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam diri beliau sendiri. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu beliau membentuk daya tahan dan jati diri dalam mengendalikan perniagaan sendiri dan mengendalikan perniagaan yang diusahakan oleh beliau. Kelas ini bermula pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.

.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali