Microsoft Office Word dan Advokasi

11 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word dan Excel di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, Encik Kalom Ak Sepen atau dikenali dengan nama Tuai Rumah Kalom diajar menggunakan Microsoft Office Word. Sebelum bermulanya kelas, Tuai Rumah Kalom terlebih dahulu diajar install perisian Microsoft Office Word dan Excel di dalam laptop beliau.

Dalam kelas ini juga, Tuai Rumah Kalom diberi penerangan secara ringkas asas penggunaan Microsoft Office Word seperti insert table,picture dan layout. Tuai Rumah Kalom juga diajar menaip laporan minit mesyuarat JKKK serta laporan kewangan menggunakan Microsoft Office Excel. Di akhir kelas, Tuai Rumah Kalom diajar menukar format docx kepada pdf setelah laporan beliau siap.

Kelas ini bermula pukul 01:00 petang sehingga 05:00 petang selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat advokasi secara ringkas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali