Program Celik IT Dan Advokasi Bersama Taska Permata Kemas PPR Seduan Rantau Panjang
19 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Celik IT Dan Advokasi Bersama Taska Permata Kemas PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 13 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring turut serta dalam program ini. Tujuan program ini diadakan ialah memperkenalkan dan mendedahkan kepada kanak-kanak Taska tentang wujudnya Pusat Internet. Program ini juga mendedahkan kepada kanak-kanak tentang asas komponen komputer dan memperkenalkan pembelajaran secara asas talian (E-learning). Kanak-kanak Taska Permata kemas juga diperkenalkan dengan 3D Printer serta penerangan secara ringkas dengan perisian TinkerCad.
Program ini berlangsung selama 3 jam bermula pukul 02:00 petang sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: