E-learning (Kahoot ICT) & Advokasi
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu permainan atas talian dan advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 11 orang peserta mengikuti kelas tersebut.
Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah. Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam mengenali nama peralatan komputer. Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan perisian Kahoot iaitu Kahoot ICT.
Permainan ini menguji kefahaman para peserta dalam mengenali nama peranti komputer serta memupuk semangat kerjasama dalam menjawab soalan secara berkumpulan. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: