Program Advokasi Di SK ST Mary Sibu

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2019, Pusat Internet Kg. Bandong bekerjasama dengan Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah menganjurkan Program Advokasi di SK ST Mary Sibu yang bertempat di bilik mesyuarat sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi. Seramai 48 orang pelajar tahun 5 dan 4 orang guru terlibat sama dalam Program Advokasi ini. Program Advokasi yang dijalankan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Pusat Internet dan Advokasi, taklimat dan tayangan video klik dengan bijak, taklimat buli siber dan permainan atas talian, taklimat maklumat palsu dan oversharing, pengenalan terhadap online grooming serta taklimat check your label dan mobile e-waste.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali