Microsoft Office Word, Asas Komputer dan Advokasi

23 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word, asas komputer dan advokasi di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, Encik Kalom Ak Sepen atau dikenali dengan nama Tuai Rumah Kalom diajar menggunakan Microsoft Office Word dalam menghasilkan carta organisasi dan peta lokasi rumah panjang beliau.

Sebelum bermulanya kelas, Encik Kalom terlebih dahulu diberi penerangan secara ringkas menggunakan Microsoft Word. Dalam kelas ini juga, Encik Kalom diajar mencetak hasil kerja beliau yang telah siap meggunakan printer milik beliau sendiri. Kelas ini bermula pukul 08:00 pagi sehingga 01:00 tengah hari selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali