Program Kemerdekaan : Pertandingan Reka Cipta & Advokasi Sesi 1

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program Kemerdekaan iaitu pertandingan reka cipta menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Hari Kemerdekaan ke 62 yang akan datang pada 31 Ogos 2019.

Penghasilan menara ini melibatkan penyertaan secara berkumpulan. Sebelum bermulanya pertandingan ini, para peserta terlebih dahulu diberi taklimat secara ringkas tentang program yang dijalankan. Pertandingan seperti ini dapat meningkat kesedaran dan mendidik amalan kitar semula dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan lagi semangat cintakan negara dalam diri peserta. Pertandingan ini bermula pukul 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali