Program Kemerdekaan : Pertandingan Reka Cipta & Advokasi Sesi 2

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program Kemerdekaan iaitu pertandingan reka cipta menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Hari Kemerdekaan ke 62 yang akan datang pada 31 Ogos 2019. Penghasilan menara ini melibatkan penyertaan secara berkumpulan. Dalam sesi ke dua ini, para peserta diminta dalam membentangkan hasil kerja masing-masing dalam kumpulan.

Menara yang terbaik mempunyai kriteria seperti unsur kemerdekaan akan dipilih sebagai pemenang. Pertandingan ini diakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar bersama kesemua kumpulan. Pertandingan ini bermula pukul 01:00 petang sehingga 05:00 petang selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali