Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Tanjung Manis Dan Program Kesedaran Dan Latihan Kebakaran Kakitangan PI Zon Central Sibu

17 March 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, Pusat Internet Tanjung Manis telah mengadakan hari bersama komuniti berkerjasama dengan Pusat Internet Zon Central Sibu iaitu Bawang Assan,Ppr Seduan Rantau Panjang, Meradong, Daro, Semop, RPR Sibujaya dan Jerijeh. Program ini bertempat di Pusat Internet Tanjung Manis. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Francis selaku Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Pusaka Tanjung Manis. Seramai 83 orang pengujung yang datang untuk memeriahkan lagi program ini.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah penyampaian hadiah poster produk usahawan, poster KDB, gubahan bunga tisu dan pertandingan animai PowerPoint. Program ini dimeriahkan lagi cabutan tiket bertuah dan sebagainya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf PI dengan komuniti setempat serta mempromosikan PI sebagai pusat sehenti masyarakat.

Selain Hari Bersama Komuniti, Pusat Internet Zon Central Sibu dengan kerjasama staff Jabatan Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah menjayakan Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI Tanjung Manis. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.Program ini dihadiri oleh semua staf PI Zon Central Sibu dan beberapa orang pengujung.

Di antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah kesedaran kebakaran, cara – cara menggunakan alat pemadam api dengan betul, latihan memadam api dan mengenali perkakasan yang digunakan oleh bomba ketika berlaku kebakaran atau kemalangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali