Kursus Asas Modul Microsoft Office Excel Dan Advokasi (Sesi 1)
18 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Excel (Sesi 1) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Excel.
Dalam kelas tersebut, peserta terlebih dahulu diberi penerangan secara ringkas cara menggunakan serta kegunaan Microsoft Excel. Perserta juga diberikan penerangan yang ringkas dalam penggunaan format, formula dan sebagainya. Kelas ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: