Multimedia (Photo) & Microsoft Office (PowerPoint) Sesi 1

3 March 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 March 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Multimedia (photo) dan Microsoft Office (PowerPoint) sesi 1 di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Multimedia dan Microsoft Office (PowerPoint).

Dalam kelas tersebut, para perserta diajar asas dalam menghasilkan animasi menggunakan Microsoft PowerPoint. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti seperti pengenalan Multimedia (photo), Microsoft Office PowerPoint dan aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali