Multimedia (Photo) & Microsoft Office (PowerPoint) Sesi 2

3 March 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 March 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Multimedia (photo) dan Microsoft Office (PowerPoint) sesi 2 di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Multimedia dan Microsoft Office (PowerPoint).

Dalam kelas tersebut, para perserta berpeluang belajar menghasilkan animasi kartun menggunakan animasi yang terdapat di Microsoft Office (PowerPoint). Para peserta juga diajar membuang latar belakang gambar kartun. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 02:00 petang sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali