Microsoft Office Word dan Advokasi

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word dan Excel di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, Encik Kalom Ak Sepen atau dikenali dengan nama Tuai Rumah Kalom diajar menggunakan Microsoft Office Word. Sebelum bermulanya kelas, Encik Kalom terlebih dahulu diberi penerangan secara ringkas menggunakan Microsoft Word.

Dalam kelas ini juga, Encik Kalom diberi penerangan secara ringkas asas penggunaan Microsoft Office Word seperti insert shape, format dan insert text box dalam menghasilkan peta lokasi rumah panjang beliau.Di akhir kelas, Encik Kalom diajar menukar format docx kepada jpeg untuk peta lokasi rumah panjang beliau. Kelas ini bermula pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari selama 3 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali