Kelas Penjagaan Wajah dan Asas Solekan Mary Kay
15 December 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 December 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang berkerjasama dengan Beauty Consultant Mary Kay telah mengadakan kelas penjagaan wajah dan asas solekkan di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 15 orang telah menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini dijalankan ialah berkongsi pengalaman bersama para peserta dalam mempelajari asas solekkan dan tips penjagaan wajah dengan betul.
Kelas ini juga memberi pengalaman yang baharu kepada para peserta dalam menggunakan produk Mary Kay seperti pencuci wajah, scrub dan lain-lain lagi. Kelas ini berlangsung selama 3 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti cabutan tiket bertuah, top 1 best make up dan advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: