Basic Mobile Video Production

24 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 November 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang yang diwakili Pengurus Pusat Internet telah menyertai bengkel “Basic Mobile Video Production” yang diadakan oleh Sarawak Media Group (SMG) dan bertempat di SMA-TEGAS Digital Innovation Hub Bintulu. Bengkel ini bertujuan untuk membimbing dan mengajar para peserta mengenai asas untuk menghasilkan video menggunakan telefon pintar.

Para pengajar bengkel turut memberi pengetahuan tambahan mengenai penghasilan video yang baik dan cara berkesan untuk mempromosi video di platform media sosial seperti Facebook dan Youtube. Para peserta turut diberi tugasan menghasilkan video melalui teknik yang telah dipelajari dan video-video yang dihasilkan oleh para peserta ditayangkan untuk diberi kritikan dan komen bertujuan untuk penambahbaikkan di akhir sesi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali