Program Keusahawanan & Jualan Pesta Limau 2019

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Oktober 2019 sehingga 27 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah menyertai aktiviti keusahawanan dan jualan bersempena Pesta Limau yang diadakan dua tahun sekali di Bintangor, Sarawak. Turut menyertai program ini adalah Pusat Internet Meradong dan Pusat Internet SibuJaya.

Program ini merupakan satu platform untuk mengetengahkan bakat berniaga dan keusahawanan dalam kalangan kakitangan Pusat Internet dan dapat membantu kakitangan untuk memahami dengan lebih dalam lagi selok belok dunia perniagaan serta turut membantu usahawan Pusat Internet masing-masing untuk meluaskan perniagaan mereka di pesta rakyat seperti Pesta Limau Bintangor 2019. Di samping itu, promosi tentang peranan dan fungsi Pusat Internet juga akan turut diketengahkan supaya orang awam turut mengetahui keberadaan dan fungsi utama Pusat Internet kepada rakyat. Turut diselitkan, pendedahan dan pengedaran flyer tentang MyFreeiew supaya orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai peralihan siaran analog ke digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali