E-Learning (Proprofs & Advokasi)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu permainan atas talian ProProfs Word Search tentang Basic ICT, Microsoft Office dan advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas tersebut.

Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah. Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam mengenali nama peralatan komputer, asas Microsoft office dan advokasi. Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan proprofs. Permainan ini menguji kefahaman para peserta dalam mengenali nama peranti komputer nama perisian Microsoft Office serta kefahaman mengenai advokasi. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali