E-learning (Proprofs & Kahoot ICT) & Advokasi

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu permainan atas talian di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 14 orang kanak-kanak telah menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah. Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam mengenali nama peralatan komputer, asas multimedia dan advokasi.

Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan perisian Kahoo dan Proprofs iaitu Kahoot basic ict, Proprofs word search dan Proprofs word scramble. Permainan ini menguji kefahaman para peserta dalam mengenali nama peranti komputer, asas Microsoft Office dan asas Multimedia. Kelas ini berlangsung selama 3 jam merangkumi aktiviti sampingan iaitu tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali