E-Learning 3D (Quiver Vision) & Tayangan Video Advokasi

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu pembelajaran atas talian dan tayangan advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 6 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Kelas ini berlangsung selama 3 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari E-learning secara atas talian.Para peserta berpeluang mewarna sambil bermain menggunakan perisian Quiver Vision. Perisian ini menghasilkan gambar 3D terhadap hasil cetakan setelah siap diwarna oleh para perserta dengan menggunakan telefon bimbit. Para perserta juga melihat tayangan video advokasi sambil mewarna. Tujuan tayangan video ini diberikan untuk memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak de¬ngan peni¬puan, mencegah buli siber dan memfitnah dalam diri perserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali