Program Kemerdekaan : Reka Cipta & Advokasi
24 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program Kemerdekaan iaitu reka cipta menggunakan bahan terbuang seperti botol plastik di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Hari Kemerdekaan ke 62 yang akan datang pada 31 Ogos 2019.
Penghasilan menara ini menggunakan 13 botol plastik dan bendera Malaysia dan Sarawak. Program ini mampu meningkat kesedaran dan mendidik amalan kitar semula dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan lagi semangat cintakan negara dalam diri peserta. Kelas ini bermula pukul 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari selama 4 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: