Program eUsahawan Asas Pemasaran Digital

13 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2019, Pusat Internet PPR Seduan telah menyertai Program eUsahawan Asas Pemasaran Digital anjuran Koperasi Belia Inovatif (KOBIS) dan Digital Kenyalang Achievers di Pusat Internet RPR Sibujaya. Penceramah yang dijemput untuk memberikan taklimat ialah Wan Najib b Wan Hamdan (TB222).

Semasa program dijalankan,para perserta diberikan taklimat mengenai asas perniagaan, cara-cara dan ayat-ayat yang sesuai untuk digunakan dalam mempromosikan sesebuah produk. Para peserta juga diajar dalam menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosikan produk dan medium perantaraan dalam menjalankan perniagaan. Program ini berlangsung selama 7 jam bermula pukul 8:30 pagi dan berakhir pukul 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali