Kursus Asas Microsoft Office Excel, Asas Komputer Dan Advokasi Sesi 2

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kursus Asas Microsoft Office Excel (Sesi 2) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Excel. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Semasa kursus dijalankan, para peserta diuji pemahaman dengan membuat latihan kiraan menggunakan formula yang terdapat di Excel. Para peserta juga diminta menyelesaikan satu latihan menggunakan formula tambah, darab, bahagi dan peratusan dalam ujian penilaian di akhir kelas. Latihan ini dapat membantu para peserta lebih memahami Microsoft Excel terutamanya dalam penggunaan formula dan arahan lain.

Kursus ini bermula dari 02:00 petang sehingga 5:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi dan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali