E-Learning
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan laman sesawang kahoot.com kepada peserta sekaligus mengajar peserta untuk mengenali komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan bahayanya penyebaran berita palsu dan maklumat yang tidak tepat. Hal ini dapat mendatangkan kesan buruk kepada pengguna yang mempercayai berita tersebut. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: