Pengenalan Kepada Shopee Dan Advokasi (Sesi 1)

13 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat akaun Shopee secara online di Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Oleh itu, kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 12 tahun. Kelas bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Adik Lee ingin membeli toner untuk mesin pencetak yang dimilikinya.

Cara-cara membuat pendaftaran secara online iaitu sila masuk website https://shopee.com.my/ untuk proses pendaftaran. Selepas itu, tekan pada link, Daftar dan isi nombor telefon bimbit serta mengisi maklumat yang diperlukan. Selepas proses pendaftaran selesai, anda sudah boleh menggunakan Shopee untuk membeli barangan secara online.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali