Pengenalan Kepada Gmail Dan Advokasi

14 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat akaun emel gmail di Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Oleh itu, kelas ini telah disertai oleh 2 seorang peserta yang berumur antara 12 tahun dan 13 tahun. Kelas bermula dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Sebelum ini, peserta tidak pernah membuat akaun emel kerana ragu-ragu dan tidak pasti untuk membuat akaun emel sendiri. Oleh itu, para peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan cara membuat akaun emel sendiri. Di kesempatan itu juga, para peserta turut diberi sedikit taklimat ringkas advokasi tentang cara penggunaan internet dengan betul agar tidak mudah tertipu dengan pelbagai teknik jenayah siber yang semakin berleluasa ini. Para peserta turut dinasihatkan supaya jangan melayan atau membalas apa-apa komen atau mesej yang masuk ke dalam emel sekiranya meminta maklumat peribadi atau kemaskini akaun bank daripada emel yang meragukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali